Saturday, November 1, 2014

TUPPERWARE BRANDS MENGUBAH HIDUP KU

Salam sejahtera buat pembaca yang sudi menjengah ke blog tasya..

Entri kali ini tasya ingin berkongsi tentang perubahan yang telah tasya lalui selepas menyertai Tupperware Brands sebagai pembantu ekonomi tasya...Jujur saya katakan, saya sangat bertuah kerana di pertemukan dengan perniagaan ini. Kerana saya memang peminat tegar Tupperware dari kecil lagi. jadi, bila ada peluang sebegini, memang tidak harus di lepaskan

Mula mendaftar sebagai ahli pada 07 December 2013,hanya dengan niat untuk mendapatkan diskaun 25% disetiap kali tasya memborong Tupperware..Tapi atas dorongan upline saya, saya terpanggil untuk menjana pendapatan sebab masa tu pun saya baru kahwin dan memerlukan perbelanjaan yang agak besar

Saya pun mula belajar selok belok perniagaan online dengan otai-otai yang sudh lama di dalam team saya, Team Power. Sungguh mereka tidak lokek memberikan ilmu dan nasihat berguna untuk saya sebagai orang baru.

Hampir 2 bulan saya mencuba, dan akhirnya sudah membuahkan hasil, dengan mendaftar 2 orang ahli di bawah team saya sendiri, iaitu Dream Catchers. Dan apabila sudah mempunyai 2 orang ahli sebagai syarat untuk rank-up ke level baru, iaitu Senior Consultant saya sudah pun layak mendapat komisyen pertama saya. Alhamdulillah !

Walaupun jumlahnya hanyalah RM 34.56, tapi saya bersyukur kerana usaha saya membuahkan hasil.






Tidak sampai disitu sahaja usaha saya, upline memujuk saya untuk menyertai cabaran yang dipanggil Director In Qualification (DIQ) sebagai langkah untuk rank-up ke level seterusnya, iaitu Director

Apabila menyertai cabaran ini, apa yang harus dilakukan dalam tempoh 2 bulan ialah, 
1 - mempunyai mimimum 15 orang active downline 
2 - mempunyai jualan terkumpul team DIQ minimum MYR 14,000
3 - personal sales perlu lah MYR 500 setiap bulan

Tampak sukar cabaran tersebut, tapi dari cabaran inilah mengajar kita untuk membuat strategi bagaimana nak berjaya dalam cabaran DIQ ini. Disamping itu, kita sebagai upline boleh mula belajar untuk menjadi leader yang baik kepada anak-anak buah kita yang berada di dalam team.

Komisyen bulan pertama saya sebagai DIQ masih lagi 2 digit, iaitu RM 67.26. Alhamdulillah, itulah hasil usaha saya :)





Di bulan kedua, komisyen saya telah melonjak dari 2 angka kepada 3 angka, dan saya sudah berjaya cabaran DIQ dengan jumlah team sale sebanyak MYR 16,624 dan komisyen saya menjadi MYR 581.38. Alhamdulillah.




Bertambah teruja, bila cek sampai di rumah dan clearkan sebab nak pakai wang:)
Kebiasaan nya, cek tupperware akan tiba pada 9 atau 10 hb dirumah, memang ada financial supporter tengah bulan kan best :)



 Setelah bergelar director, pengiraan komisyen juga telah berubah, dari 3% menjadi 4% . Di tahap ini, bermula la tanggungjawab sebagai leader, memimpin dan memberi kan anak buah informasi secukupnya supaya mereka pula rank-up seperti kita.  Saya akan menghabiskan masa saya dengan mereka berhubung dengan applikasi Whatsapp..al maklum la, masing- masing duduk jauh, ada di Kota Bharu, ada di Taiping, ada di Kepala Batas nak tak nak perlu berhubung secara atas talian..Rakan -rakan team saya anda boleh berkenalan di sini .










Makin bertambah komisyen saya makin teruja nak g deposit cek.. Alhamdulillah, saya sudah buktikan especially pada diri saya sendiri yang saya sebenarnya mampu lakukan! 





Pada bulan September, saya telah melahirkan Director baru, saudari Nurlina bt Alias dan suami. Dan secara tidak lansung, saya telah pun rank-up kepada satu level lagi iaitu 1 Star Director. Alhamdulillah. Saya tidak menyangka, Tupperware memang membantu saya dan saya akan teruskan matlamat saya untuk membuka stokis sendiri kelak. Doakan saya ya :D




Terkini, di bulan Oktober, sekali lagi komisyen saya melonjak kepada 4 digit ! Itulah yang berlaku, dan saya yakin, saya bakal mendapat 5 digit pula. Yang penting, usaha, tawakkan, doa. Oh ya, perlu berdisiplin dan rajin ya! 





Anda diluar sana, saya benar benar mahu membantu anda supaya sama-sama mengubah taraf hidup kita. Mari sertai saya dan saya akan coach anda sehingga berjaya.
Boleh menghubungi saya melalui Whatsapp 014 6016258, PM saya di FB. Saya menanti anda ! 




0 comments:

 
back to top