Sunday, November 23, 2014

PANDUAN MENGGUNAKAN TWBIZNET.COM.MY

PANDUAN MENGGUNAKAN TWBIZNET.COM.MY

Salam semua, diharapkan anda baik baik sahaja hendaknya. 

Ok kali ini tasya akan tunjukkan cara untuk menggunakan twbiznet selepas anda mendaftar sebagai seorang ahli Tupperwara Brands atau dipanggil Consultant.

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR DAN MENGGUNAKAN TWBIZNET.COM.MY?

Pertama sekali, click www.twbiznet.com.my dan anda akan lihat paparan seperti ini : 



Pada yang pertama kali menggunakan lawan web ini, anda terlebih dahulu perlu melakukan langkah langkah seperti berikut : 

Langkah 1 : Masukkan no. keahlian anda di ruang "User Name" (sebagai contoh no id saya : 729537)
Langkah 2 : Masukkan no. keahlian anda di ruang "Password"
Langkah 3 : Klik butan "Log In"
Langkah 4 : Anda akan diminta untuk menukar password anda.




Diruang Current Password : Masukkan sekali lagi no. keahlian anda.
Diruang New Password : Masukkan password baru anda
Diruang Confirm PasswordMasukkan password baru anda
Klik "Change Password" dan anda akan lihat paparan seperti ini : 




Klik "OK" dan anda akan dibawa semula kepada paparan pertama tadi. Kali ini anda haruslah memasukkan no keahlian anda diruang "Username" dan password baru anda diruang "Password" dan klik "Log In"

Anda akan lihat paparan seperti ini untuk pertama kali 



Di laman ini anda boleh menyemak semua informasi dan maklumat terkini tentang Tupperware Brands. Melalui twbiznet juga, anda boleh menyemak ativiti donwline seperti jumlah jualan, bilangan terkini ahli di bawah kumpulan anda dan seterusnya boleh la anda merancang strategi bagi memajukan lagi perniagaan tupperware anda =)

Saya akan menunjukkan anda beberapa maklumat penting yang harus diketahui selebihnya anda boleh menyemak bila sudah biasa dengan twbiznet ini. 

Jika anda lihat paparan di atas, perkataan MTD Achievements membawa maksod "Month-to-Date Achievements" di ruangan MTD ini akan dapat lihat maklumat ringkas tentang jumlah jualan peribadi yang telah anda buat, jumlah jualan kumpulan anda (anda dan downline), bilangan terkini ahli baru dan komisyen yang dapat setakat tarikh anda melayari twbiznet. 

Ok jom klik "View Profile" di ruangan sebalah kiri anda dan akan lihat paparan seperti ini: 


Pastikan maklumat peribadi anda disini adalah betul ya. Terutamanya nama, no telefon, alamat dan ruangan no akaun bank anda kerana Tupperware akan pos cek ke alamat yang telah anda daftarkan atau memasukkan komisyen ke dalam bank akaun anda. 

Jika ada kesalahan maklumat, anda boleh la menghubungi Customer Service Tupperware Brands di talian 1300-88-5500 untuk mereka mengemaskini maklumat ada. Mereka boleh dihubungi dari jam 9.30 pagi hingga 5 petang pada waktu bekerja. 

Seterusnya, 

klik "My Gen-1,2,3 Sales" disebelah kiri anda dan akan menunjukkan paparan seperti ini. 



Paparan ini menunjukkan prestasi donwline anda dari Gen 1 hingga Gen 3. Anda juga boleh lihat no. keahlian, nama penuh dan rank terkini mereka di bulan tersebut. Selain itu, anda boleh semak status downline anda. Jika status "A" bermakna mereka aktif dan jika "I", bermaksud tidak aktif. 

Bagaimana dikatakan tidak aktif? Senang cerita nya begini, seseorang consultant akan inactive jika retail sales dalam masa 6 bulan kurang daripada RM500. (Tapi perlu diingat, RM 500 tersebut masih belum dikira diskaun ahli 25%, jadi sebenarnya anda hanya perlu berbelanja RM 500 less 25% =RM 375)

Untuk aktifkan semula keahlian anda, hanya perlu buat retail sales berjumlah RM 200 didalam 1 bil okay!

Jom klik " Commission" dan anda akan lihat seperti ini. 


Bagaimana hendak layak dikira komisyen? Anda akan layak untuk mendapat komisyen buat pertama kali nya dengan mendaftar 2 orang ahli baru dan membuat belian atas ID ada sejumlah RM 500. 

Seterusnya, klik "My Gen-1,2,3 Recruits "di ruangan sebelah kiri dan paparan di bawah akan keluar.

                                                    


Di ruangan "My Gen-1,2,3 Recruits " ini, anda boleh menyemak sama ada downline anda telah menjadi Qualified Consultant ataupun tidak. Jika qualified, beliau akan berstatus "Y" dan jika tidak qualified, beliau akan berstatus "N". Untuk layak sebagai Qualified Consultant, para consultant di luar sana, maklumat ini amat penting ya, semasa anda mendaftarkan keahlian baru, jika memilih untuk mendaftar dengan pakej RM 70,  sila pastikan anda membuat pembelian berjumlah RM 150 iaitu harga katalog semasa di atas nama downline baru tersebut. Hal ini supaya sales downline tersebut layak untuk dikira untuk komisyen anda.Namun, jika mendaftar dengan pakej Treasury Box, tidak perlu lagi membuat sales bernilai RM150 itu kerana pakej ini sudah bernilai RM 280. Pakej Treasury Box anda boleh lihat disini.

Sekian untuk sedikit panduan pada consultant saya dan anda semua. Semoga ianya memberi manfaat yang berguna untuk dikongsikan bersama.Tahniah dan Syabas kepada anda kerana telah membuka peluang kepada diri untuk mencuba perniagaan yang hebat ini. Saya doakan agar perniagan Tupperware anda akan maju dan see you at the TOP!


0 comments:

 
back to top