Tuesday, November 25, 2014

RICE DISPENSER WARRIOR



As salam buat anda, diharapkan hari ini anda gembira dan bahagia bersama orang orang disekeliling anda..

Jika ditanya apa cabaran yang saya tempuh bagi mencapai cita-cita saya sendiri, terlalu banyak untuk disenaraikan.. Setiap apa yang kita ingin kan, haruslah dan pasti menempuh pelbagai dugaan, pahit dan manisnya, kita sahaja yang merasai..Pernah mendengar satu pepatah, "untuk mendapatkan apa yang kita suka, kita perlu lah lalui terlebih dahulu apa yang kita tidak suka" Al Ghazali




Bulan Ogos dan September yang lalu, telah berlangsung nya cabaran Rice Dispenser Challange yang dianjurkan oleh pihak syarikat Tupperware Brands kepada ajen-ajen nya diluar sana. Dimana setiap jualan unit Rice Dispenser (RD) yang telah di tetapkan, akan ada ganjaran yang menanti.Yang menarik perhatian saya ialah jual 10 unit RD, anda akan dapat 1 unit secara percuma! Jadi jika 2 bulan berturut turut berjaya jual 10 unit RD, dah tentu saya akan dapat 2 unit RD kan? Wow, yang itu memang menarik, kerana nilai Rice Dispenser di pasaran Tupperware Brands adalah RM 295 siapa tak nak oi kalau PERCUMA (=

Saya mencabar diri saya untuk dapatkan RD free tersebut.Perlu ada strategi ni..jika tidak..rugi la..waktu ini lah saya perlu buktikan pada diri saya sendiri yang saya boleh buat! 




Memang berkempen la kata orang sepanjang 2 bulan ini, bukan saya sahaja yang menyahut cabaran RD free, ramai lagi diluar sana. Rakan Team Power pun sama juga, bertukar tukar idea dan pendapat sepanjang waktu ,sifu saya, Abg Syam telah membantu mengeluarkan template supaya anak buah nya letakkan nama di dalam nya dan promosi disetiap ceruk media sosial, terutama sekali di Facebook. Terima Kasih !

Pada 15 november yang lalu, telah berlansung Recognition Star Director bertempat di Wisma MCA, Jalan Ampang ,KL. Saya telah mendapat anugerah 1 Star Director bersama rakan rakan seperjuangan yang lain. Alhamdulillah, kenangan yang tidak dapat saya lupakan pada majlis ini apabila nama saya telah terpilih untuk menerima anugerah istimewa iaitu Rice Dispenser Warrior. Tupperware Brands telah memberikan anugerah ini kepada director yang berjaya membuat jualan Rice Dipenser melebihi 20 unit RD dalam masa 2 bulan cabaran berlansung. 

Sungguh saya tidak menyangka saya menang anugerah ini. Alhamdulillah, syukur. 

Saya telah membuktikan bahawa pilihan saya untuk menjadi salah seorang agen Tupperware Brands itu tepat.









Harapan saya agar anda diluar sana membuka peluang kepada diri kalian untuk mencuba sesuatu yang baru di dalam kehidupan anda. Siapa sangka, ianya mungkin akan mengubah hidup kepada yang lebih baik. Sentiasa berfikiran positif dengan dugaan yang mendatang. 

Ya, SAYA SERIUS mahu anda menyertai kami, dan membantu anda untuk sama sama suksess. 

Hubungi saya untuk saya bantu anda.
http://tasyatupperwarestore.blogspot.com/p/daftar-agen.html







0 comments:

 
back to top