Friday, September 26, 2014

KELUARGAKU TEAM POWER

Kata orang tak cuba tak tahu..bila dah cuba, macam macam pengalaman yang kita lalui nanti..Semestinya rasa seronok yang kita mahu bila kita mencuba sesuatu yang baru dan mahu lihat hasilnya..


Pada asal Tasya sertai Tupperware ini tade lah sebab lain, cuma nak beli harga murah..maklum la Tasya mempunyai latar belakang pendidikan Akaun/Finance jadi bila bab diskaun ni memang menarik minat la kan..Takkan la nak membazir beli barang yang harga dia RM 100 tapi kalau kita ahli, kita bayar RM 75 kita bazir kan RM25 kita..Sekali beli ye la bazir RM 25.. Tapi kalau selalu beli macam mana? Dari bazir RM 25 mungkin lagi banyak plak kos pembaziran.. Rugi rugi...hehe

Nak jadi cerita, Tasya mula berminat nak jana income pula bila upline tasya tunjukkan cek hasil dari bisnes Tupperware dia.. Haah kan nape aku tak buat juga? At least ade la side income..lagi kita memang menetap di Kota Raya Kuala Lumpur tahu saja la belanja harian macam mana.. Dari situ tasya 'Watch and Learn' apa yang sifu Tasya buat dalam mempromosikan perniagaan Tupperware didalam Legacy Team Power.. 

Memang rasa tidak menyesal sertai Tupperware di bawah Team Power kerana orang orang lama banyak memberi tunjuk ajar. Walaupun kita bukan downline dia, tapi mereka tidak lokek berkongsi ilmu dan tips supaya kita sama sama berjaya. Kami banyak bertukar tukar pendapat, berhubungi melalui applikasi telefon Whatsapp. Disitu orang lama dan orang baru akan berkenalan dan berkomunikasi sebagai satu keluarga walaupun tidak semuanya kita pernah jumpa di luar.. 





Ini adalah sifu Tasya, nama timangan dia Syamputra. Orangnya sangat baik, first time jumpa Abg syam di Stokis Kelana Jaya terus dapat hadiah. Rasa macam dah lama kenal beliau. Padahal selama ini Tasya minta tunjuk ajar daripada dia, hanya melalui telefon dan Facebook saja. Agaknya itulah yang dinamakan kekeluargaan bersama #teampower.


 
pertama kali berjumpa abg syam di Stokis Kelana Jaya dapat  hadiah iolls



Pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi mengeratkan silaturrahim dan berkongsi cerita kejayaan dan motivasi. Kami akan meeting di stokis dan kemudiannya akan ada pembentangan idea dan tips untuk membina rangkaian, pengumuman tentang promosi terbaru serta penerangan tentang kegunaan produk Tupperware supaya kemudiannya kita dapat menerangkan pada customer kita kelak.Activiti Tasya nak share ini semasa bulan May yang lalu, bertempat di Stokis Aman Suria.



Tips dan strategy oleh abg syam

activiti belajar wrap hamper

adik yang bertongkat ni namanya Hyqal, pakar wrap hamper

aza yang kecil molek

sesi pemberian hadiah kepada pemenang mengikut kategori..tapi apa apa pun semunya adalah pemenang!

dapat hadiah uolls hihi

nampak tak semnagat nya nak balut hamper hihi

belajar di dalam kumpulan



Ok lah next entri Tasya akan cerita lagi tentang Team Power ya.

0 comments:

 
back to top